| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Light Strike Force (LSF)

Pada 11 Mac 2020 ( Rabu ) hingga 13 Mac 2020 ( Jumaat ), Unit Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) Penjara Penor dengan kerjasama Unit Latihan ( ULIN ) Penjara Penor telah menganjurkan Kursus Light Strike Force ( LSF ) bagi anggota Unit Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) serta anggota tugas am ( GD ). Kursus ini telah disertai oleh ( 01 ) orang pegawai kanan, ( 02 ) orang jurulatih, dan ( 16 ) orang anggota serta menjadikan jumlah keseluruhannya seramai ( 19 ) orang. Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memantapkan dan memastikan setiap anggota sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa - apa perkara luar biasa serta atau perkara - perkara yang tidak diingini seperti rusuhan, amukan, kelarian dan sebagainya.