| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2019 Di Sekolah Integriti Kota Kinabalu

Pada 5 Mac 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Keputusan SPM bagi pelajar-pelajar yang mengambil SPM di Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK). Seramai 4 orang calon telah menduduki SPM bagi tahun 2019. Pelajar -pelajar SIKK telah mencapai kelulusan 100 % berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian keseluruhan juga telah meningkat daripada GPS 6.26 (2018) kepada GPS 5.47 (2019). Selain daripada Bahasa Melayu dan Sejarah, beberapa mata pelajaran lain juga telah mencatatkan kelulusan 100% iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan Tassawur Islam. Pelajar terbaik di SIKK telah mendapat 1A, 2B, 2C dan 1E. TPP Richard Robin adalah pegawai yang telah menyampaikan keputusan peperiksaan SPM kepada pelajar dan telah menyampaikan kata-kata semangat kepada para pelajar SPM bagi tahun 2020. Tahniah diucapkan kepada para pelajar SIKK!