| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga Penjara Taiping Tahun 2020

Institusi Penjara Taiping telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga di The Orient Star Resort, Lumut Perak pada 29 Februari hingga 01 Mac 2020 bagi Divisyen A dan 07 Mac hingga 08 Mac 2020 bagi Divisyen B. Seramai 230 ahli keluarga kakitangan telah menyertai dalam sambutan hari keluarga pada kali ini. Majlis Sambutan ini telah dirasmikan oleh PKK Mohd Farid bin Kassim , Pengarah Penjara Taiping.Objektif penganjuran diadakan adalah bagi memupuk kerjasama dan beramah mesra di antara kakitangan serta keluarga sesuai dengan tema hari keluarga iaitu ?Keluarga Bahagia Hidup Ceria?.

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi oleh Imam Muda Nazrul Izwan bin Zolkiflee, jamuan makan malam, pertandingan karaoke, cabutan hadiah bertuah, acara sukaneka dan pertandingan memancing.