| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

"Majlis Perasmian Kelas Qiraati Dan Pelancaran Program Pembimbing Agama Rakan Sebilik" (PARAS) Peringkat Penghuni 2020 Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Pada 18 Mei 2020 (Isnin), Unit Agama dengan kerjasama Unit PPI Institusi telah mengadakan "Majlis Perasmian Kelas Qiraati Dan Pelancaran Program Pembimbing Agama Rakan Sebilik (PARAS) Peringkat Penghuni 2020" yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Mat bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kelantan, bertempat di Masjid Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis dimulakan dengan Program Khatam Al-Quran oleh seramai 45 orang penghuni (30 lelaki dan 15 Wanita) pada jam 9.30 pagi. YDH PKK Mat bin Yaacob telah sudi hadir memeriahkan majlis dengan menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran program.

Antara pengisian majlis adalah penyerahan wang zakat penghuni kepada Amil yang dilantik dan Penyerahan Buku Iqra? kepada wakil penghuni yang terpilih sebagai Naqib dan Naqibah. Majlis turut dihadiri oleh PP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan PP Hj Roslan bin Sidek, Ketua Bhg. Pemulihan dan Rawatan Institusi serta Pegawai Psikologi. Majlis telah berakhir pada jam 11.45 pagi dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus oleh PKK Mat bin Yaacob.