| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Personal Protective Equipment (PPE) Kepada Hospital Jasin

13 Mei 2020 (Rabu) Pusat Koreksional Jasin Melaka telah menyerahkan Personal Protective Equipment (PPE) kepada Hospital Jasin yang telah disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada Dr. Shahrum Bin Muzakir @ Lokman Arshad, Pengarah Hospital Jasin dan turut disaksikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin PKP, Noratimah Binti Abu Bakar. Pakaian ini telah dijahit oleh seramai 20 Orang Diselia bermula 23 April 2020 dan telah menyiapkan sebanyak 2,817 helai Personal Protective Equipment (PPE) yang amat diperlukan bagi kegunaan kakitangan Hospital Jasin.