| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Silaturrahim di Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 12 Mei 2020M bersamaan 19 Ramadan 1441H, Pusat Koreksional Jasin Melaka telah mengadakan Program Jalinan Kasih Silaturrahim dengan aktiviti memasak bubur lambuk. Program tahunan ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan kakitangan Pusat Koreksional Jasin disamping beramal di Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Progam ini diakhiri dengan pengagihan bungkusan bubur lambuk kepada semua pegawai kanan, kakitangan dan penghuni oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah binti Abu Bakar.