| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (Bakat) Ke Penjara Wanita Kajang

Lawatan Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) dan Yang Dipertua PERSIAP Malaysia ke Penjara Wanita Kajang bertujuan untuk melihat bagaimana Program Pemulihan di jalankan di sini, di samping itu Pertandingan memasak turut diadakan bagi memeriahkan lawatan tersebut. Kehadiran Jemaah Tertinggi BAKAT yang dianggotai oleh Dato' Hajah Rositah Bt. Hj. Md Mawi, delegasi BAKAT seramai 31 anggota dan Yang Dipertua PERSIAP Malaysia Datin Salasiah Bt. Sidek di samping Chef Ismail bin Ahmad mengharapkan hubungan silaturrahim terjalin bersama-sama warga Penjara Wanita Kajang. Lawatan turut disertai oleh Pengerusi PERSIAP Kajang, Puan Shakimah binti Abdullah.

Lawatan bermula dengan membawa tetamu kehormat melihat Pertandingan Memasak di kalangan penghuni. Pertandingan memasak tersebut disertai seramai 7 kumpulan bersama resipi masakan masing-masing yang diadakan di hadapan Bengkel Katering Penjara Wanita Kajang. Peralatan-peralatan dan barang masakan yang digunakan oleh penghuni telah mendapat sumbangan dari pihak TESCO dan Shell Malaysia. Antara sumbangan yang diberi berupa 7 tong gas, 7 dapur gas, apron, beberapa peralatan memasak dan lain-lain lagi. Antara masakan yang disediakan oleh penghuni ialah Daging Masak Merah, Ayam Berlada, Ayam Panggang Rica-rica dan sebagainya. Pertandingan telah dimenangi oleh Kumpulan 3 dengan masakan Tum Tuman Ayam dan hadiah telah disampaikan oleh PKP Zainah binti Hj. Pardi. Seterusnya acara telah diteruskan dengan penyampaian cenderahati di kalangan tetamu kehormat yang hadir.

Lawatan seterusnya talah dibawa melawat ke bengkel-bengkel Penjara Wanita Kajang dan ke klinik. Antara bengkel yang dilawati seperti Bengkel Batik, Bengkel Kerjatangan dan sebagainya. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan delegasi bertolak pulang jam 1.00 petang. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan sumbangan untuk program banduan.


Antara ahli BAKAT yang hadir. Meninjau Bengkel Mentjanting Batik.
 
PKP Zainah Pardi menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat. Perbincangan antara ahli BAKAT yang bertindak sebagai pengadil pertandingan memasak.
 
Chef Ismail antara tetamu jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan Pertandingan Memasak Antara Penghuni Penjara Wanita Kajang.
""