| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Semarak Kasih Ramadan Kali Ke 6 Pusat Koreksional Jasin, Melaka Bersama Persiap Pusat Koreksional Jasin Dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jasin, Melaka

 

Pada 14 Mei 2020 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin Melaka bersama Persiap Pusat Koreksional Jasin dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jasin Melaka telah mengadakan Program Semarak Kasih Ramadan kali ke 6. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar Bemban dan Sempang Kerayong dalam Daerah Jasin, Melaka. Sasaran yang telah ditetapkan pada kali ini ialah sebanyak 30 buah keluarga asnaf dan fakir miskin. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Diharap melalui program yang diadakan saban tahun ini akan dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk tempatan dengan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jasin. Program ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah binti Abu Bakar dan Pengurus Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Jasin En. Mohd Fadil Bin Ninggal serta Pengerusi Persiap Pusat Koreksional Jasin Puan Che Norhazita binti Che Daud.