| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Berita Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi

Pada 6 .2.2008, Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia telah bermesyuarat bagi memperakukan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Jabatan Penjara Malaysia siri 2/2007. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Peperiksaan siri 2/2007 ini melibatkan seramai 4,146 calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga. Pada keseluruhannya terdapat peningkatan bagi calon yang mendapat kelulusan pada Aras Tahap Kecekapan III dan IV.

Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah mengarahkan pihak institusi agar mengadakan kelas bimbingan dengan lebih kerap lagi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan PTK. Tumpuan yang lebih hendaklah diberikan kepada subjek-subjek yang terlibat dalam Kompetensi Umum. Kelas bimbingan tersebut juga hendaklah diperluaskan kepada kakitangan awam yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia.

Hasil daripada mesyuarat tersebut keputusan telah diperakukan oleh pihak lembaga dan para calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga akan dapat melihat keputusan masing-masing melalui web jabatan mulai hari Jumaat 15.2.2008. Calon yang ingin menduduki dan menambahbaik keputusan peperiksaan hendaklah menghantar borang permohonan ke Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik mengikut jadual yang telah diedarkan.


KEPUTUSAN KESELURUHAN PTK SIRI 2/2007



""