| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Selasa, 16 September 2008 - Jabatan Penjara Malaysia Limbang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama PKK Hj. Mohd Zawawi bin Ab. Rahim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bertempat di Surau Asma ‘Ul Husna, Jabatan Penjara Malaysia Limbang.
Kehadiran majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran PP Bismillah bin Abg Masra, Pengarah Penjara Pusat Miri dan PP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Parol Negeri Sarawak.Majlis dimulakan dengan berbuka puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak dengan jemputan khas dan seluruh warga kakitangan dan keluarga Jabatan Penjara Malaysia Limbang. Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, majlis dihidangkan dengan jamuan makan malam dan seterusnya lagi menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Majlis ini diakhiri dengan hidangan jamuan minum malam.

1
Ketibaan Jemputan terdiri daripada
PP Husin bin Hj Johari (Pengarah Parol Negeri Sarawak)
dan PP Bismillah bin Abg Masra (Pengarah Penjara Pusat Miri)
2
Ketibaan PKK Hj. Mohd Zawawi bin Ab. Rahim,
Pengarah Penjara Negeri Sarawak
3
Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia Limbang dan keluarga
menikmati juadah berbuka puasa
4
Para kakitangan dan keluarga sedang menjamu
selera hidangan makan malam
""