YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah sudi meluangkan masa bagi menerima tabik hormat daripada kontijen yang berarak melintasi pentas utama di hadapan Lobi Kementerian Dalam Negeri di Blok D1. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.B Timbalan Menteri, Y.Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta setiausaha-setiausaha bahagian kementerian.