| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Larian Antidadah Sempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Antarabangsa

Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Antarabangsa, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan acara Larian Hari Antidadah Antarabangsa 2009

Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Antarabangsa, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan acara Larian Hari Antidadah Antarabangsa 2009 pada 4 Julai 2009 bermula di Dataran Palace Of Justice (Istana Kehakiman), Presint 2, Putrajaya. Acara larian yang mensasarkan seramai 3000 penyertaan pada kali ini telah disempurnakan pelepasan larian oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Sebanyak tujuh kategori larian telah dipertandingkan. Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 40 orang peserta yang mewakili Kompleks Penjara Kajang. Bagi kategori acara VVIP turut disertai oleh Komisioner Penjara Operasi YS Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood yang mana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut. Selain itu, acara senamrobik, persembahan pentas dan acara cabutan bertuah juga turut diadakan bagi menyerikan pengisian majlis tersebut.

""