| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan Kali Ke- 7

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan Kali ke - 7 telah berjaya dianjurkan dengan mandat penganjuran telah diberikan ....
Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan Kali ke- 7 telah berjaya dianjurkan dengan mandat penganjuran telah diberikan kepada Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan.

Konvensyen yang telah diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2009 bertempat di Klana Resort Seremban telah disertai oleh 98 orang peserta dari 10 buah Institusi Zon Selatan di mana turut disertai oleh Parol Negeri Johor dan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia, Tanjung Kling buat julung kali-nya.

Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen yang diadakan pada 6 Mei 2009 jam 2030h telah disempurnakan oleh TKPj Hj. Abd Wahab B Hj Kassim dan turut dihadiri oleh pengarah-pengarah Institusi Zon Selatan.

Penganjuran konvensyen pada kali ini telah diadili oleh :


  1. En Mohd Hanizan B. Zalazilah (Pengerusi Unit Akreditasi, UUM, Sintok Kedah)
  2. Pn Sapinah Bt Yusoff (MAMPU, Putrajaya)
  3. Pn Normi Bt Awang (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)

Dengan pengadilan yang telah dibuat, keputusan konvensyen adalah seperti berikut:

  1. Johan : Kumpulan Citra, Penjara Simpang Renggam, Johor
    Tajuk : Kesukaran Memperolehi Maklumat Penghuni Di Blok Penempatan Untuk Penyelarasan Rekod Penj. 21
  2. Naib Johan : Kumpulan Kasturi, Penjara Banda Hilir
    Tajuk: Sistem Pembelajaran Penghuni Fasa 1 Kurang Efisyen
  3. Tempat Ketiga : Kumpulan Roda, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu
    Tajuk: Meningkatkan Kawalan Pengiringan Banduan Kerja Luar

Saguhati:

  1. Kumpulan Mangga Emas, Penjara Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kumpulan Agropen, Penjara Pra-Bebas, Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh Melaka
  3. Kumpulan Maharani, Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor
  4. Kumpulan Resurgam, Sekolah Henry Gurney, Melaka
  5. Kumpulan Minda, Penjara Kluang
  6. Kumpulan Price, Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka.
  7. Kumpulan Merpati, Parol Negeri Johor.


""