| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jabatan Penjara Johan Pertandingan Sempena Sambutan Hari Raya Kementerian

12 Okt. 2009 - Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat kementerian yang melibatkan semua jabatan di bawah ....12 Okt. 2009 - Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat kementerian yang melibatkan semua jabatan di bawah kementerian. Sempena memeriahkan aturcara majlis, Jawatankuasa Penganjur telah mengadakan pertandingan kerja berpasukan yang melibatkan penilaian dari aspek layanan kepada tetamu yang hadir, hiasan, kebersihan serta komitmen semua ahli dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Pasukan Jabatan diwakili oleh Penjara Kajang, Penjara Dusun Dato' Murad, Unit Kebudayaan dan Bahagian Kepenjaraan sebagai penyelaras diumumkan sebagai Johan pertandingan tersebut.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri kepada para pemenang. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB. Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Timbalan-timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri , Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

""