Majlis ini juga turut dihadiri oleh PP Azman Bin Mohd. Ali selaku Ketua Unit Bahagian Pemulihan dan para pegawai kanan penjara serta kakitangan Unit Agama selaku amil pada majlis tersebut. Majlis yang telah diadakan ini akan dapat memupuk rasa kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab penghuni-penghuni penjara dalam memenuhi tuntutan Allah s.w.t disamping menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan.