Tujuan lawatan adalah bagi memberi gambaran langsung tentang operasi dan pengurusan Pentadbiran PPA Simpang Renggam kepada pihak media massa agar dapat memberikan laporan dan penjelasan yang tepat berhubung dengan isu-isu orang tahanan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah KPj Dato' Hj Hassan bin Hj Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta Pengarah-Pengarah Bahagian.
Aturcara lawatan di mulakan dengan taklimat oleh TKPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak kepada rombongan lawatan dan seterusnya melawat ke bangunan dan blok tahanan. Satu sesi soal jawab diadakan diantara pengurusan penjara bersama wakil media dan program di akhiri dengan jamuan makan tengahari.