Penyertaan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diketuai oleh Y.Bhg Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Bagi pernyertaan Institusi Penjara Negeri Johor diwakili oleh TKPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Penjara Simpang Renggam, manakala Institusi Penjara Negeri Melaka diketuai oleh PP Samihan bin Haji Misdi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas.
Pengiraan mata pemainan menggunakan Sistem 36 yang dimenangi oleh TKPj Jamaludin bin Saad Pengarah Penjara Simpang Rengam, Naib Johan disandang oleh PKK Ibrisam bin Abdul Rahman, Tim. Pengarah Bahagian Pemulihan dan Rawatan IPPM, dan tempat ketiga dimenangi oleh TKPj. Tuan Haji Abd. Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Bahagian Kepenjaraan IPPM
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.