| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berkhatan Anak-Anak Kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai

Majlis berkhatan anak-anak kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai telah diadakan pada 2hb Disember 2010, bertempat di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Bermula pada malam 1hb Disember 2010, Solat Sunat Hajat dan bacaan yassin diadakan bagi memberkati majlis. Manakala pada 2hb Disember 2010, Majlis bermula dengan sarapan pagi di Masjid As-Sakinah seterusnya anak-anak berkhatam bergerak ke Dewan dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar bagi menghargai ibu bapa dan seramai 9 orang anak-anak kakitangan yang terlibat dengan program tersebut. Majlis tersebut dirasmikan oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai dan seterusnya Pengarah memberikan hadiah serta goodies kepada anak-anak berkhatan. Semua peserta berkhatan dan ibu bapa bermalam di dewan kelab untuk melengkapkan program tersebut. Manakala pada 3hb Disember 2010, jam 8.30 pg TPP Jamaludin bin Awang Kechik mewakili Pengarah Penjara Seberang Perai bagi majlis penutupan program berkhatan anak-anak kakitangan Kompleks Penjara Seberang Perai.

""