| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Cemerlang 2010 & Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam, Johor Kali Ke 8

Majlis Anugerah Cemerlang 2010 & Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agam aPenjara Simpang Renggam, Johor Kali Ke 8

 

Majlis Anugerah Cemerlang 2010 Mesyuarat Agung Penjara Simpang Rengam, Johor telah diadakan pada 8 April 2011.   Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pembantu Khas Ahli Parlimen Simpang Rengam, Encik Taib b. Kosman  dan turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Azman b. Mohd Ahli dan wakil Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang Puan Hajah Rokiah bt Yusuf.

 

Dalam ucapannya  PPAD Kluang telah mengumumkan kejayaan cemerlang anak-anak kakitangan Penjara Simpang Rengam sepanjang tahun 2010.   Di antara kejayaan yang diperolehi ialah seramai 12  orang anak kakitangan yang menduduki Sijil Darjah Enam Agama kelulusan 100% telah diperolehi.   Kejayaan  juga turut dicapai di mana 29 anak kakitangan yang menduduki Sijil Darjah Khas Agama  juga mencapai keputusan 100%.  

 

Guru Besar Sekolah Agama Penjara Simpang Rengam Puan Faridah bt Hj Hangah Juga telah menjadi Guru Cemerlang daerah Kluang.   Dalam majlis tersebut seramai 49 murid telah menerima hadiah kerana telah Berjaya dalam Peperiksaan Akhir tahun 2010.  Selepas selesai Majlis Anugerah Cemerlang, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung.  Tahniah kepada mereka yang berjaya.



""