SHG Keningau 5 April 2011, kira-kira 50 orang peserta termasuk ahli-ahli PERSIAP telah menjayakan Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Institusi SHG Keningau. Tirai program telah dimulai dengan aktiviti senamrobik yang mana telah dipimpin oleh anggota dari Kementerian Belia Dan Sukan Keningau.Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh TPP.Alik Makim yang mewakili Pengarah SHG.
Program kemudian diteruskan dengan sesi ceramah kesihatan berkaitan "Pemakanan Sihat" yang disampaikan oleh Pegawai Zat Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau seterusnya sesi pemeriksaan kesihatan (Saringan kandungan gula serta kolesterol secara percuma ).
