Majlis Ini turut di serikan lagi dengan kehadiran, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena ,Tuan Jamaludin Bin Awang Kechik . Tetamu-tetamu jemputan seperti Pegawai Zakat Dan Majlis Belia Negeri Kedah turut hadir . Seramai 50 Orang kakitangan dan 261 Orang Penghuni Penjara Pokok Sena yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini
Aturcara majlis di mulakan dengan Khatam Al-quran, Tahlil, Persembahan Nasyid, Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Rahman Bin Saad , penyampaian saguhati Tadarus Al-quran serta penyerahan replika cek kutipan zakat bagi kakitangan dan penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2011 ini .