Pada 03 hingga 13 Oktober 2011, Institut Koreksional Malaysia Tanjung Kling Melaka telah mengendalikan Kursus Penyegaran dan Penambahbaikan Modul Sentap Malaysia yang telah di hadiri oleh 29 Jurulatih SENTAP dari seluruh Institusi Penjara Malaysia. Dalam kursus ini beberapa teknik serangan tangan, teknik kaki, teknik kuncian, teknik breakaway, teknik Cota panjang dan ?T-baton? dan teknik mematahkan serangan senjata serta Tari Waja Sentap telah di tambahbaikan dan diselia oleh KIP Azahari Bin Hj. Malim. Majlis penyampaian sijil dan penutupan telah disempurnakan oleh Komandan IKoM, PP Mohd Rothman Bin Bujang. Turut hadir dalam majlis penutupan ialah Puan Siti Aishah Bt Aman Pegawai AADK Daerah Jasin.