| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 'Mengharap Restumu' Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai 2012 19

5 September 2012 bersamaan 18 Syawal 1433 H, Unit Program Pembangunan Insan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih 'Mengharap Restumu' Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai yang telah berlangsung di Dewan Sukan, Penjara Seberang Perai bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.Majlis dihadiri oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai serta barisan pegawai kanan.


Seramai 30 orang penghuni telah terpilih ( 24 penghuni lelaki dan 6 penghuni wanita ) menyertai majlis ini yang dipilih mengikut kriteria dan kelayakan yang digariskan. Pada majlis ini juga seramai 169 ahli keluarga penghuni hadir bagi meraikan majlis. Acara simbolik pemotongan Pulut Kuning Berhias Aidilfitri juga diadakan bagi meraikan kehadiran ibu dan bapa penghuni. Persembahan boria dan sajak oleh penghuni dipersembahkan semasa sesi perjumpaan bersemuka berlansung. Program ini mampu menjalinkan kerjasama dan mewujudkan persefahaman diantara pihak penjara dan keluarga banduan selain memberi peluang untuk banduan bertemu dan menghargai pengorbanan ibu bapa mereka.

 

""