| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia ( Kumpulan Ole Le) Naib Johan Dalam Pertandingan Program Survival & Ketahanan Diri Maksak Malaysia 2013

Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia telah menyertai pertandingan Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2013 yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 bertempat di Kem Berhulu, Jempul, Negeri Sembilan. Ketua Kontinjen Majlis Sukan Penjara Malaysia diketuai KIP Syed Jamalluddin bin Syed Ahmed dari Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan dianggotai oleh IP Mohd Asmanizamrin bin Mohd Aman dari Bahagian Pembanguan dan Perolehan, KIP Mohd Hafiz bin Abdul Latif dari Parol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cik Nor Fazreen binti Mohd Sharif, Pembantu Tadbir dari Penjara Sungai Udang Melaka dan disertai dari MAKSAK Selangor Cik Hasnita binti Izham, Pembantu Tadbir Sek Menengah Sungai Long, Selangor   Pertandingan ini melibatkan MAKSAK Negeri seluruh Malaysia dan acara yang dipertandingkan adalah merentas halangan berlumpur, mendaki bukit waktu malam, pertandingan memasak, berkayak, dan pelepasan peserta di dalam hutan pada waktu malam. Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia (Kumpulan Ole le) telah berjaya mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam pertandingan ini. Manakala pada tahun 2012 Majlis Sukan Penjara Malaysia mendapat tempat ketiga di dalam program yang sama di adakan di Pulau Perhentian, Terengganu anjuran Komando Vat 69.

 

 

""