| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Nur Hidayah Sempena Gema Ramadhan

Penjara Kluang-Sabtu, 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H jam 8.00 pagi telah berlangsung Program Nur Hidayah sempena gema Ramadhan bertempat di Surau Al-Muiz, Penjara Kluang, Johor. Seramai 100 orang banduanita dari Penjara Kluang telah terlibat dengan program ini. Program anjuran bersama Penjara Kluang dan Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Bahagian Sembrong turut mendapat kerjasama Persatuan Isteri & Anak Pegawai Penjara (PERSIAP) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Aturcara program telah dimulakan dengan tadarus Al-Quran oleh anggota PERSIAP Zon Selatan dan IPPM bersama anggota MPWK dan banduanita. Majlis diteruskan dengan tazkirah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Pirdaus Bin Ismail, Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri. Program juga telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Banduanita Penjara Kluang. Kemuncak program adalah ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datin Wira HaJjah Noraini Binti Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKK Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang serta wakil daripada IPPM.