| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKPj  Abd. Kadir Bin Rais telah diadakan pada 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadan 1434H di perkarangan Surau Darul Aman, Penjara Pusat Sri Aman. PKP Ong Chiang A/L Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman serta isteri turut hadir dan dihadiri oleh Pengarah dan wakil-wakil institusi seluruh Sarawak. Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Hj. Anuar Musadad B. Mohd. Tajudin dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman. Selain itu, TKPj Abd. Kadir Bin Rais turut menyampaikan sumbangan Tabung Kecemasan Penjara Negeri Sarawak kepada WP Azizul B. Pairan dan sumbangan saguhati kepada anak-anak kakitangan yang mengikuti kelas mengaji dan terawih. Sebelum bersurai, para jemputan turut menunaikan solat fardhu isya? dan terawih berjemaah serta jamuan moreh.

 

""