| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak (9) Sebelah Piala Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.

Kejohanan Bola Sepak (9) Sebelah Piala Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Rekreasi PPA Machang telah diadakan dengan jayanya sepanjang bulan November dan Disember 2013. Kejohanan ini telah disertai oleh (7) pasukan yang terdiri daripada gabungan unit-unit tempat tugas di PPA Machang. Perlawanan akhir dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 24 Disember 2013 (selasa). Pasukan �Preve� iaitu unit keselamatan telah dinobatkan sebagai johan setelah memenangi perlawanan akhir menentang pasukan �Inspira� iaitu Unit Program Pembangunan Insan yang ditentukan dengan sepakan penalti (3-2) setelah permainan masa sebenar berkesudahan seri (1-1). Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain , Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Objektif utama kejohanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim disamping mengamalkan budaya hidup sihat..

 

""