| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis penyerahan MyKad Siap bagi permohonan gantian MyKad di Penjara Tapah

28 November 2013 , Penjara Tapah telah menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Perak, Encik Mohd Zahari bin Hassan untuk Majlis Penyerahan MyKad Siap bagi permohonan gantian MyKad di Penjara Tapah. Majlis berkenaan bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan Pengarah JPN Negeri Perak diiringi Pengarah Penjara Tapah, PKK Abdul Halim bin Ma Hasan ke Dewan Ilmu Penjara Tapah. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan pantomin oleh para penghuni. Seramai 115 unit MyKad diserahkan kepada para penghuni di dalam majlis tersebut. Majlis tersebut kemudiannya disusuli dengan sidang akhbar dan bersurai pada jam 1.00 petang.

 

""