| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan Anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia

Program Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2013 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Objektif ekspedisi ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dalam aktiviti-aktiviti sukan disamping mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan. Seramai 23 peserta dari seluruh institusi penjara telah menyertai ekspedisi ini. Para peserta telah memulakan pendakian pada 23 November 2013 tepat jam 8.00 pagi dan mengambil masa 5 jam  untuk sampai ke puncak Gunung Stong. Ekspedisi pada kali ini amat mencabar ketahanan mental  dan fizikal kerana para peserta terpaksa mendaki dalam keadaan hujan. Walaubagaimanapun dengan semangat dan usaha yang gigih yang ditunjukkan oleh semua peserta, mereka semua telah berjaya menawan puncak Gunung Stong. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada 24 November 2013. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya.

 

""