Audit Pemantauan MS ISO 9001:2008 Dari Sirim Qas International Sdn.Bhd
30 September 2013 (Isnin) - PULAPEN Perak telah menerima lawatan Audit Pemantauan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang dianggotai oleh En. Rafidi bin Mat Dahan dan Tn. Hj Ali bin Borhan dari Sirim QAS International Sdn Bhd. Mesyuarat pembukaan telah diadakan pada jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh TPP Ismawi bin Ismail selaku wakil pengurusan dan dihadiri oleh semua pemegang dokumen yang melihat kepada sSkop utama auditan iaitu pengendalian latihan Pegawai Penjara lantikan baru Gred KX 17. Mesyuarat penutupan diadakan pada jam 5.00 petang setelah laporan dan penemuan audit dibentangkan, hasil auditan PULAPEN Perak dikekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 dibawah skop "Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru Bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KX 17". ""