24 Ogos 2014, Pihak Pengurusan Penjara Sg.Buloh dengan kerjasama Syarikat Growth Avenue Sdn.Bhd. telah melancarkan Kad 1 Penjara yang akan digunapakai secara menyeluruh oleh pihak anggota dan kakitangan penjara serta pelawat (orang awam) yang melawat penghuni di penjara. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh. Sesi taklimat turut disampaikan oleh wakil syarikat En.Zulkifli bin Mahmood kepada para pelawat berkaitan kepentingan penggunaan Kad 1 Penjara.