15 Ogos 2014, Pelancaran Program Senamrobik dan Sesi Motivasi Berkumpulan Peringkat Penghuni telah disempurnakan oleh TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh di Padang Rekreasi penghuni. Seramai 344 orang penghuni telah dipilih untuk mengikuti program ini yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Selain aktiviti senamrobik, turut diadakan sesi motivasi berkumpulan yang melibatkan sebanyak 10 kumpulan penghuni bersama 2 orang fasilitator daripada kakitangan penjara. Program yang akan diadakan pada setiap hari Jumaat ( 2 minggu sekali ) antaranya bertujuan untuk memudahkan interaksi berkesan, menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat selain mengurang stress di kalangan penghuni.