| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghargaan atas Kerjasama Penyelidikan Ilmiah Pengajian Doktor Falsafah (Rosfizah Md. Taib, Brunel University, London)

From: Rosfizah Md Taib | Date: 19 Februari 2014


Subject: Penghargaan atas Kerjasama Penyelidikan Ilmiah Pengajian Doktor Falsafah (Rosfizah Md. Taib, Brunel University, London)


Assalam.


Yg Berbahagia Dato' Sri,


Saya, Rosfizah Md. Taib, pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak menghantar emel ini bertujuan untuk menyatakan penghargaan daripada saya sendiri atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Dato' Sri dan kakitangan yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menghasilkan tesis Doktor Falsafah (PhD) saya sejak dari tahun 2007 yang lalu sehingga saya berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini.


Untuk pengetahuan pihak Dato' Sri, sepanjang tempoh pengajian saya ini, saya telah menghadiri banyak persidangan dan menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal ilmiah berkaitan dengan topik penyelidikan saya ini. Sukacita saya ingin memaklumkan kepada pihak Dato' Sri bahawa saya telah menerima maklum balas yang positif daripada kalangan orang-orang akademik dari dalam dan juga luar negara tentang isu-isu undang-undang dan hak-hak yang berkaitan dengan peluang-peluang pendidikan bagi banduan-banduan khususnya banduan muda dalam institusi penjara di Malaysia. Sehingga ke hari ini, tesis PhD saya ini telah dirujuk oleh banyak pihak dari luar negara atas faktor keunikan yang diaplikasikan oleh pihak Kerajaan Malaysia (khususnya oleh Jabatan Penjara Malaysia) dalam usaha memberi peluang pendidikan saksama kepada para banduan.


Sehubungan itu, sekiranya diberi peluang, saya ingin bertemu dengan pihak Dato? Sri dan Jabatan Penjara Malaysia untuk berkongsi hasil/dapatan penyelidikan PhD saya ini. Saya juga amat berbesar hati untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan pihak Dato? Sri dan Jabatan Penjara Malaysia bagi membincangkan sebarang peluang untuk bekerjasama bagi memartabatkan institusi Jabatan Penjara Malaysia di mata dunia. Ini juga bertepatan dengan peranan saya sebagai pensyarah universiti/penyelidik ilmiah dan selaku Sukarelawan Koreksional (bermula tahun 2013).


Saya juga akan menghantar 1 salinan tesis PhD saya kepada pihak perpustakaan Jabatan Penjara Malaysia dalam masa terdekat ini.


Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pihak Dato' Sri dan Jabatan Penjara Malaysia.


Sekian. Terima kasih.


Wassalam,


Rosfizah Md. Taib (PhD)
Pensyarah Kanan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.

""