| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kajang

6 Januari 2014 Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kajang yang melibatkan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Maktab Penjara Malaysia dan Penjara Wanita Kajang telah dikelolakan oleh Penjara Kajang bertempat di Padang Kawat Maktab Penjara Malaysia. YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah hadir menyempurnakan majlis ini yang menyaksikan penganugerahan Pingat Ketua Pengarah Penjara kepada seramai 24 orang pegawai pelbagai pangkat. Dalam ucapan YBhg.Dato' Sri KJP mengucapkan tahniah diatas kejayaan mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri iaitu memastikan Kadar Residivis (kemasukkan berulang) tidak melebihi 10%. Selain itu penegasan beliau bahawa jabatan akan mendokong Konsep Penjara Sejahtera dalam pengurusan kepenjaraan. Sempena kedatangan Tahun Baru 2014 ini, beliau menyeru semua peringkat kakitangan supaya memperbaharui azam untuk menjadi lebih cemerlang dalam tugas-tugas dan yang penting haruslah bersedia menghadapi pembaharuan dan sanggup menghadapi cabaran.

 

""