| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Badminton Penjara Malaysia Dan Jemputan 2013 Kelolaan Penjara Kluang, Johor

Kejohanan Badminton Penjara Malaysia & Jemputan 2013 Majis Sukan Penjara Malaysia telah berlangsung pada 5 hingga 8 Disember 2013  bertempat di Dewan Persatuan Badminton Negeri Johor. Kejohanan ini telah dikelolakan oleh Penjara Kluang, Johor dengan kerjasama Persatuan Badminton Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Majlis Sukan Negeri Johor. Kejohanan ini telah mendapat Tajaan Hadiah dari Fleet International Holdings Sdn.Bhd. Kejohanan ini telah disertai oleh 18 Institusi Penjara seluruh Malaysia , PDRM dan JPAM ( Jemputan KDN ) serta 2 Penjara ASEAN ( Singapore Prison Services & Kementerian Hukum dan Hak Asasi Kepulauan Riau, Indonesia ) yang bertanding bagi 3 Kategori iaitu Berpasukan, Terbuka Wanita dan Terbuka VIP. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Hj Omar , Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia.


Penganjuran ini merupakan salah satu strategi ke arah menjayakan konsep PENJARA SEJAHTERA sebagaimana terkandung dalam ucapan YBhg.Dato' Sri Yang Dipertua di mana outcome daripada penganjuran sukan ini ialah melahirkan pegawai dan kakitangan yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek ke arah lebih positif selain merealisasikan matlamat bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Kakitangan Penjara ASEAN serta agensi-agensi yang terlibat. Johan Kategori berpasukan dimenangi oleh Pasukan PDRM manakala Naib Johan Pasukan Selangor A dan Ke tiga bersama Singapore Prison Services dan Selangor C. YBhg.Dato' Sri Yang Dipertua telah menyertai acara bergu VVIP dan keputusan dimenangi oleh Pasukan PDRM (Pertama dan ke dua) dan Ke tiga bersama pasangan YBhg. Dato' Sri (Selangor C) dan pasangan dari Johor A. Kategori wanita dimenangi oleh Singapore Prison Services, Kedua Selangor C dan ketiga bersama bergu Singapore Prison Services dan Selangor C.

 

""