Pada 2 Oktober 2014 Pihak Pengurusan Penjara Sungai Petani telah mengadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Ketenteraman Awam yang berlangsung pada 28 September 2014 hingga 2 Oktober 2014 . Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud Pengarah Penjara Sungai Petani. Kursus ini dikendalikan oleh 4 Anggota Unit TTC dari PULAPEN Perak dan Akademi Koreksional Langkawi. Tujuan kursus ini di adakan adalah sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang krisis yang berkemungkinan berlaku di dalam Institusi Penjara.