| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Pokok Sena,Kedah

Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah di antara PKP Faridon bin Md Saad  dengan TKP Mohd Sabri bin Yaacob telah diadakan pada 15 Disember 2015 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pokok Sena, Kedah. Majlis ini telah disaksikan oleh TKP Tan Tien Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak yang dimulai dengan pemeriksaan kawalan suku oleh PKP Faridon bin Md Saad diikuti  majlis menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa kepada TKP Mohd Sabri bin Yaacob.  Majlis diakhiri dengan pemeriksaan kawalan suku dan ucapan daripada TKP Mohd Sabri bin Yaacob,  selaku Pengarah Penjara Pokok Sena yang baru.


""