| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Negeri Sabah, Pengarah Penjara Kota Kinabalu & Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Negeri Sabah, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 September 2015  (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Sabah. Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diantara TKP Ab Basir bin Mohamad yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Penjara Negeri Pahang dengan  TKP Haji Suria bin Haji Idris telah disaksikan oleh YBhg. KP Dato? Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia.


Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah  Penjara Pusat  Kota    Kinabalu    di antara TKP Ajidin bin Haji Salleh yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Penjara Negeri Sarawak  dengan PKK Rosman bin Norman telah disaksikan oleh TKP Ab Basir bin Mohamad. Manakala  Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas di antara PKK Nora binti Musa yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dengan PKP Lim Kim Mooi juga turut disaksikan oleh  TKP Ab Basir bin Mohamad.

 

""