| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih 'Angel Tree' Sempena Sambutan Hari Krismas Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2015

Pada 22 Disember 2015 (Selasa), telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena sambutan Hari Krismas bertempat di Dewan Bestari Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 15 orang penghuni telah terpilih dan 65 orang ahli keluarga termasuk kanak-kanak hadir menjayakan program pada kali ini. Program telah dirasmikan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan turut dihadiri oleh PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir  ialah En. Prem Kumar, Pengarah Eksekutif Prison Fellowship Malaysia (Sabah) dan rombongan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai pemulihan institusi. Diantara pengisian program ialah persembahan koir oleh Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu dan ceramah Krismas. Program ini bertujuan memberikan keinsafan dan kekesalan kepada penghuni atas kesilapan lampau mereka disamping merapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga.

 

""