| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato' Hj. Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri Ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

17 Oktober 2013, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan amat berbesar hati menerima lawatan kerja  YBhg. Dato' Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri bersama YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin  Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut mengiringi ialah TKPj. Haji Nordin Bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, En. Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, PKK Haji Zawari bin Abdul Rashid, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol Negeri Kelantan.


Ketibaan YBhg. Dato’  Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri bersama YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin  Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah disambut oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan Pegawai- Pegawai Kanan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.


Aturcara dimulakan dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Selepas sesi taklimat, YBhg. Dato' Haji Wan Ali bin Besar telah mengadakan lawatan ke bengkel dan blok penempatan banduan dan seterusnya menghadiri Majlis Dialog Bersama kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang yang telah diadakan di Dewan Bunga  Raya, Pusat Pemulihan Akhlak Machang.