| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Jasamu Dikenang & Anugerah Anak Cemerlang Zon Utara 1 2017

Pada 21 April 2017 (Jumaat), Penjara Sungai Petani Kedah  telah mengelolakan Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Penyampaian Anugerah Anak-Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Utara 1 Tahun 2017 bertempat di Dewan Sin Min Private High School, Sungai Petani, Kedah. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. KJP Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP). Seramai 43 orang pesara dan 51 anak-anak cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Zon Utara 1 telah diraikan dalam majlis tersebut. Perarakan masuk pesara ?pesara yang diraikan diiringi bunga manggar dan tiupan saxophone.  Turut hadir bersama-sama dalam majlis tersebut, TKP Haji Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Utara 1 dan pasangan serta kehadiran pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia.  Pada penghujung majlis telah diadakan kejutan iringan kek sempena Sambutan Hari Lahir Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.


""