| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Kali Ke-34 & Jemputan Veteran Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2017

Pada 17-20 Ogos 2017, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-34 dan Jemputan Veteran Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2017, anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Penjara Kajang. Kejohanan tersebut melibatkan 16 pasukan kategori terbuka dan 10 pasukan veteran daripada institusi penjara seluruh Malaysia. Perlawanan telah diadakan di tiga lokasi iaitu di Mini Stadium Penjara Kajang, Padang Bola Sepak ILSAS, Bangi dan Padang Bola Sepak Mardi, Serdang.  Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir bersama YBhg Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), Pengarah-Pengarah Bahagian dan wakil Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Negeri serta Pengarah Intitusi yang disambut oleh YBrs. TKP Abdul Halim bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Kajang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.

    Kedua-dua kejohanan kali ini dimenangi oleh pasukan negeri Sabah. Berikut adalah keputusan-keputusan kejohanan tersebut.

PIALA TAN SRI MURAD AHMAD
JOHAN - SABAH
NAIB JOHAN - SELANGOR ?A?
KETIGA BERSAMA - NEGERI SEMBILAN & MELAKA
    
PEMAIN TERBAIK - VON KIT MING @ BILLYTON (SABAH)
PENJARING TERBANYAK - ZULHELMY B. JUMAI (MELAKA)
FAIR PLAY - MELAKA
 
PIALA JEMPUTAN VETERAN
JOHAN - SABAH
NAIB JOHAN - PAHANG
KETIGA BERSAMA - SELANGOR & JOHOR


""