| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1439H

Pada 21 Disember 2017 bersamaan 2 Rabi?ulakhir 1439H (Khamis), telah diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1439H Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting. Majlis yang bertemakan ?Sunnah Rasulullah S.A.W Pemangkin Transformasi Koreksi Diri? ini telah diadakan di Surau Al-Hidayah dan telah disertai oleh seramai 200 orang banduan yang mewakili setiap blok masing-masing. Majlis ini turut dihadiri Penolong Ketua Unit Pemulihan iaitu Inspektor Penjara Hasmadi Bin Mat Tahir sebagai tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan selawat beramai-ramai dan diteruskan dengan ceramah khas sempena Maulidurrasul S.A.W yang telah disampaikan oleh Ustaz Zahrullail Bin Mokhtar Guru Takmir dari Pejabat Agama Islam Perak. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Inspektor Penjara Hasmadi Bin Mat Tahir kepada pemenang kuiz dan cenderahati kepada penceramah jemputan. Majlis berakhir pada jam 4.15 petang.


""