| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sepak Takraw Kategori Anak-Anak Kakitangan Penjara Marang Terengganu Tahun 2017

24hb. Disember 2017(ahad) ? bertempat di Dewan Panglima, Penjara Marang telah diadakan satu kejohanan sepak takraw bawah 15tahun khusus bagi anak-anak kakitangan Penjara Marang Terengganu. Kelab Sukan dan Rekreasi Penjara Marang bertanggungjawab sebagai penganjur kejohanan, menerusi IP Mohd Nanihafizi bin Nawang sebagai penyelaras kejohanan. Objektif penganjuran adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat serta mencari dan mencungkil bakat dikalangan anak-anak kakitangan untuk dilatih ke peringkat yang lebih tinggi. Seramai 30 peserta hadir untuk dinilai bakat oleh pengadil kejohanan iaitu Kpl 13819 Mohd Hanizan bin Drahman dan Kpl 19431 Muhammad Muaz bin Abdul Rahim. Disamping itu, kejohanan ini juga bertujuan memberi pendedahan dan menyemarakkan kembali sukan sepak takraw dalam kalangan remaja serta memupuk suasana semangat keke�luargaan. Mengakhiri kejohanan pada kali ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang oleh TPP Mohd Nazri bin Mohamad, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Penjara Marang Terengganu.
""