| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Banduan Penjara Bentong 2017

Unit Pemulihan Penjara Bentong dengan kerjasama Unit Agama Penjara Bentong telah Berjaya mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Banduan Penjara Bentong 2017 yang telah berlangsung pada 12-14 Disember 2017.

Antara pengisian program adalah Pertandingan ExporeRace, Pertandingan Penulisan Jawi, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Melaungkan Azan, Pertandingan Melukis Sepanduk dan Pertandingan Perarakan.

Selain itu, Forum Perdana bertemakan Maulidur Rasul juga diadakan pada Majlis Penutupan Program, Ahli Panel yang dijemput ialah Timbalan Kadi Daerah Bentong Ustaz Mohd Zainudin Bin Zakaria dan Imam Muda Nuri.

Program ini disertai oleh Semua Banduan yang beragama islam.
Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh PP Azhari dan PP Marzuki dan diiringi oleh TPP Hasnor dan TPP Fikri.

Dengan terlaksananya program ini semoga diharap dapat memupuk rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W dan mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam diri banduan untuk meneruskan hidup apabila bebas kelak.


""