| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kakitangan Penjara Bentong

Pada 14 Disember 2017 ( Khamis ), Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kakitangan Penjara Bentong telah diadakan. Majlis ini dianjurkan oleh Masjid Kompleks Penjara Bentong untuk kakitangan serta dibuka kepada masyarakat setempat. Sebanyak 6 pasukan dari kalangan kakitangan yang di pecahkan mengikut Blok kediaman dan 1 pasukan dari Felda Mempaga 1  telah mengambil bahagian dalam perarakan sepanduk sempena majlis ini. Perarakan bermula dari perkarangan Berek Bujang dan berakhir di perkarangan Masjid Kompleks Penjara Bentong. Pelancaran perarakan telah disempurnakan oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Majlis juga di hiasi dengan sesi ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan YBhg. Ustaz Zainuddin bin Zakaria , Timbalan Qadhi Daerah Bentong dengan tajuk ? Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara ?. Pasukan As-Syakirin yang mewakili Perumahan Pegawai Kanan Kelas F telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan perarakan dan sepanduk yang dijalankan.


""