| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Motivasi Peringkat Penghuni Sempena Sambutan Maulidur Rasul Penjara Taiping

30 Disember 2017,  Penjara Taiping bersama-sama dengan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Wilayah Utara telah mengadakan Program Ceramah Motivasi bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat penghuni penjara.  Program ini telah diadakan di Surau Al-Hidayah Penjara Taiping dan seramai 100 orang banduan dari blok A dan B terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diadakan bertujuan  untuk memberikan kesedaran kepada banduan-banduan tentang kepentingan berpegang teguh kepada nilai-nilai agama Islam yang telah dibawa oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Rosmanizam bin Rosdi yang dijemput khas oleh pihak YADIM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh PPP Ismail Nasaruddin b. Mat Awi selaku Ketua Unit PPI bagi mewakili Pengarah Penjara Taiping.


""