| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Dan Majlis Pemakaian Pangkat Penjara Marang Terengganu Bagi Bulan Disember 2017

11hb. Disember 2017(isnin)-Bertempat diDewan Dato? Ibrahim Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Majlis Dialog Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota yang dinaikkan pangkat ke Sarjan Penjara KA22 dan Koperal Penjara KA20. Majlis bermula jam 02.30 petang dengan anggota dan kakitangan mulai mendaftar kehadiran dimeja pendaftaran. Susunatur majlis dimulai dengan pengumunan ketibaan PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu oleh pengacara majlis iaitu IP Siti Aishah binti Mohamad serta nyanyian ?Bakti Setia? dan sesi tazkirah oleh Ustaz Mohd Arif bin Udin. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan taklimat MBJ oleh IP Ku Iskandar Zulkarnain bin Ku Aziz wakil MBJ Penjara Marang, seterusnya Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota yang dinaikkan Pangkat. Seramai (03) anggota yang dinaikkan pangkat ke Sarjan Penjara KA22 iaitu, SP 10005 Che Saufi bin Che Nor, SP 10068 Rozlam bin Yusof dan SP 10117 Zulkipli bin Noor. Seterusnya (02) anggota yang dinaikkan pangkat ke Koperal Penjara KA20 iaitu Kpl 13569 Mohamad Zaidi bin Salleh dan Kpl 20214 Mohd Faizal bin Mohd Suki. Seramai 114 anggota dan kakitangan hadir. Mengakhiri Majlis Dialog pada kali ini adalah ucapan oleh Pengarah Penjara Marang Terengganu.


""