| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Angel Tree Sempena Sambutan Hari Krismas Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

07hb Disember 2017 (Khamis) - Bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Jalinan Kasih "Angel Tree" sempena sambutan Hari Krismas tahun 2017. Seramai 14 orang penghuni telah terpilih menjayakan program pada kali ini. Program telah diserikan dengan kehadiran PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Susun atur majlis dimulakan dengan persembahan koir oleh penghuni seterusnya ucapan aluan dari Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri supaya menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.


""