| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bentong, Pahang

Pada 8 Disember 2017 (Jumaat ), Penjara Bentong telah menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bentong bagi Tahun 1439H/2017M yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Daerah serta Majlis Perbandaran Bentong. Perarakan bermula dari Masjid Daerah Bentong dan berakhir di Dewan Majlis Perbandaran Bentong sejauh 3 kilometer. Seramai (40) orang kakitangan institusi ini telah terlibat dalam perarakan tersebut. Turut sama mengambil bahagian ialah PERSIAP Penjara Bentong yang melibatkan seramai 30 orang ahli . Dalam perarakan tersebut institusi ini telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Perarakan dan Sepanduk dan merupakan kali ketiga berturut-turut. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YH Dato? Azhar bin Haji Arshad, Pegawai Daerah Bentong.


""